Saturday, January 30, 2010

BUDAYA KAMI...KEHADIRAN KALIAN, KAMI SAMBUT PENUH MAKNA.





Pada setiap awal pagi, murid-murid SKSJ2 yang datang ke sekolah pasti dilayan seperti VIP oleh guru-guru yang setia menunggu kehadiran kalian ke sekolah. Tangan dihulur dan disambut dengan penuh makna oleh guru-guru, dengan satu harapan,

"Anak-anak, timbalah ilmu di sini dan di mana sahaja kalian berada, semoga kalian berjaya menggapai kejayaan cemerlang untuk dihadiahkan buat ibu, ayah dan keluarga yang tersayang. Kami akan berusaha menjadikan kalian anak-anak cemerlang. Namun, anak-anak, kejayaan tidak akan datang bergolek, sayang. Ia perlu disertai dengan usaha yang tidak kenal jemu dan penat, berdoa dan bertawakkal moga usaha berhasil kelak. Mohonlah restu daripada ayah dan ibu, mintalah daripada mereka selepas solat mereka, doa-doa kejayaan buat kalian. Berkat doa mereka, kalian pasti berjaya.

Apabila kejayaan dicatat, kami guru-guru kalian hanya mampu tersenyum bahagia dan ibu bapa kalian pasti bangga. Hadiahkanlah kejayaan buat kami, anak-anak sayang".

Hiasilah diri dan peribadi dengan iman. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di dunia dan di akhirat sayang".

TAZKIRAH JUMAAT



TARIKH : 29 JAN 2010 (JUMAAT)
MASA : 7.25 - 7.35 PAGI
TEMPAT : DATARAN ILMU, SKSJ2
PENTAZKIRAH : UST. ROSHA'RAMADAN
TAJUK TAZKIRAH : ADAB BELAJAR

TEPUK PERPADUAN DI SKSJ2





TARIKH : 29 JAN 2010 (JUMAAT)
PELOPOR : TN. HJ. NORHIZAM BIN ZULKEFLI, GPK KO-KURIKULUM
CONDUCTOR : PN. HJH. SHAZLINA BT AB. AZIZ
JURUKAMERA : PN. RAFE'AH BT ABD RAHMAN
SASARAN : GURU-GURU & SEMUA MURID SKSJ2
TUJUAN : MEMBINA BUDAYA PERPADUAN DAN SENTIASA BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA.

29 Jan - Tn. Hj. Norhizam Bin Zulkefli, GPK Ko-Kurikulum telah memperkenalkan satu budaya baru kepada semua warga SKSJ2, budaya perpaduan dengan pelaksanaan "TEPUK PERPADUAN" di dataran Ilmu, SKSJ2 pada hari ini. Pelopor budaya baru SKSJ2 ini telah dibantu oleh Ustazah Shazlina sebagai conductornya yang pernah mengikuti Cyberkids Camp telah menerangkan cara tepuk perpaduan (tepuk terima kasih) dilaksanakan.Tepuk perpaduan ini mendapat sambutan daripada semua warga guru dan murid-murid. Semoga ianya diteruskan.

Thursday, January 28, 2010

PELANTIKAN AJK KELAB GURU & KAKITANGAN

TARIKH : 28 JAN 2010 (KHAMIS)
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : BALAI PERMATA

AJK YANG DIPILIH :
PENGERUSI : PN. RAFE'AH BT ABD RAHMAN
NAIB PENGERUSI : PN. NORAZMAWATI BT BADARUDIN
SETIAUSAHA : PN. HJH. SHAZLINA BT AB AZIZ
BENDAHARI : PN. NORAZLINDA
AJK-AJK :
1. EN. YUSLIZAN
2. EN. SHARUM
3. PN. MASNIRA
4. PN AZRI AZURA
5. PN. NORAIDA
6. PN. NORAIN

Semoga sukses selalu !

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM

TARIKH : 28 JANUARI 2010
MASA : 1.30 THARI
TEMPAT : BALAI PERMATA

28 Jan - Sempena dengan lawatan Ketua Unit Kokurikulum JPNNS ke SK Seremban Jaya 2pada hari ini, beliau berharap agar pihak sekolah menetapkan target dalam bidang Kokurikulum. Justeru itu, Guru Besar SK Seremban Jaya 2 telah menetapkan target Kokurikulum pada tahun ini dalam semua bidang Kokurikulum seperti :

Sukan - Johan Olahraga Peringkat Daerah, Sepkatakraw, Bola Jaring
Unit Beruniform - Pengakap (Kawad Kaki dan Perkhemahan)
Persatuan dan Kelab - Robotik
Bahasa Melayu - Bercerita dan mengarang
Bahasa Inggeris - Story Telling

Beliau juga mencadangkan agar Sukan Sekolah diadakan pada bulan Mac. Namun, ia akan diputuskan nanti. Semoga semuanya berjaya !

Tn. Hj. Norhizam, GPK Kokurikulum telah membentangkan Buku Pengurusan Kokurikulum SK Seremban Jaya 2 bagi tahun 2010. Beliau berharap agar segala aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan dengan baik.

ANUGERAH UNTUK GURU-GURU SK SEREMBAN JAYA 2



28 JAN - Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Seremban Jaya 2, En. Ahmad Bin Harun hari ini mengumumkan kepada semua guru-guru SK Seremban Jaya 2 mengenai anugerah untuk guru semasa sesi Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum di Balai Permata tengahari tadi. Anugerah tersebut ialah :

ANUGERAH UNTUK GURU :
1. JUARA KEHADIRAN PENUH
2. JUARA KEHADIRAN KO-KURIKULUM PENUH
3. BUKU REKOD MENGAJAR TERCANTIK
4. JUARA RELIEF TERBANYAK

Beliau berharap agar semua guru-guru seronok menjalankan tugas yang diamanahkan. Berita ini disambut dengan tepukan gemuruh daripada semua guru.

Wednesday, January 27, 2010

TEMUDUGA PENGAMBILAN PENGAWAS SKSJ2




TARIKH : 27 JANUARI 2010 (RABU)
MASA : 11.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MULTIMEDIA
PANEL PENILAI : AJK BADAN PENGAWAS

** HANYA CALON YANG LAYAK DIUJI. TERIMA KASIH.

PROGRAM PERMATA TAHUN 6 PROGRAM BELAIAN KASIH






TARIKH : 27 JANUARI 2010
ANJURAN : AJK PROGRAM PERMATA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SKSJ2
TEMPAT : PERPUSTAKAAN SKSJ2

Murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September 2010. Ibu bapa / penjaga perlu mengetahui perancangan pihak sekolah dan mendengar ceramah keibubapaan demi menyuntik kecemerlangan anak mereka. Program ini bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan guru dan ibu bapa / penjaga murid serta komitmen yang jitu demi peningkatan prestasi akademik dan sahsiah anak mereka.


Program PERMATA bertujuan untuk melahirkan murid yang :
P - PRODUKTIF
E - EFEKTIF
R - RASIONAL
M - MULIA
A - ARIF
T - TERPUJI
A - AMANAH

Tentatif :

2.15 ptg : Pendaftaran
2.30 ptg : Ceramah Keibubapaan - Belaian kasih oleh Encik. Norazman B. Amat,MAINS
3.30 ptg : Taklimat
5.00 ptg : Minum Petang / Bersurai

TARGET UPSR 2010
A. GPS - 1.8 %
B. 5A - 30% (39 ORG DRPD 130 ORG MURID)

CADANGAN KUTIPAN YURAN PROGRAM PERMATA : RM100 / MURID :
1. Ujian Canang
2. Ujian PRA - UPSR
3. Program Zoom A
4. Bengkel Teknik Menjawab (byrn penceramah)
5. Ceramah Motivasi
6. Program Keibubapaan
7. Lencana Prestasi Cemerlang
8. Majlis BAcaan Yaasin
9. Cambah Minda (mkn kismis setiap hari)
10. Lawatan sambil belajar
11. Kertas A4
12. Catrij (dakwat mesin fotostat)

Tuesday, January 26, 2010

TAKLIMAT KELAS AGAMA PETANG DI SKSJ2

TARIKH : 25 JANUARI 2010
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 - 4.45 PETANG

ATURCARA :
2.00 - 2.30 PTG : PENGESAHANPENDAFTARAN MURID KELAS AGAMA PETANG
2.30 - 2.45 PTG : UCAPAN ALU-ALUAN PENYELARAS KELAS AGAMA PETANG, PN. AZIMAH
2.45 - 3.00 PTG : TAKLIMAT WAKIL GURU BESAR, PN. ROZAIMAH (GPK KURIKULUM)
3.00 - 3.10 PTG : UCAPAN ALU-ALUAN DRPD PN. ZAITUN (GPK HEM)
3.10 - 4.45 PTG : SAMBUNGAN.. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN BUKU LATIHAN KAP
4.45 PTG : MAJLIS BERSURAI

Terima kasih kepada semua ibu bapa / penjaga dan murid-murid yang memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menjayakan Kelas Agama Petang ini.

Guru-guru Kelas Agama Petang :
Tahun 1 : Pn. Hjh. Shazlina
Tahun 2 : Cik Noor Iklima
Tahun 3 : Pn. Azimah
Tahun 4 : Kosong
Tahun 5 : En. Rosha'ramadhan

Saturday, January 23, 2010

RAGAM MURID SULUNG SK SEREMBAN JAYA 2





TARIKH : 18 JANUARI 2010
HARI : ISNIN (PERHIMPUNAN PERTAMA DI SKSJ2)

SELAMAT DATANG KE SKSJ2




Kepada semua ibu bapa, murid-murid, tetamu-tetamu dan guru-guru SK Seremban Jaya 2 yang dirai. Semoga hari yang bersejarah ini akan menguntum seribu kenangan terindah untuk diingati. Andai ada yang terkurang, ampun dan maaf kami pinta. Selamat Datang !

PEMBUKAAN SKSJ2 SESI PAGI

SK Seremban Jaya 2 akan mula beroperasi di bangunannya sendiri pada :

Tarikh : 18 Januari 2010
Hari : Isnin



Waktu Persekolahan

Tahap 1
Isnin - Selasa : 7.25 pagi - 1.00 petang
Rabu - Khamis : 7.25 pagi - 12.30 tengahari
Jumaat : 7.25 pagi - 12.00 tengahari

** Jadual Tasmik untuk Tahun 1,2 dan 3 akan diedarkan nanti.

Tahap 2
Isnin - Khamis : 7.25 pagi - 1.00 petang
Jumaat : 7.25 pagi - 12.00 tengahari

** Jadual Tasmik untuk Tahun 4 akan diedarkan nanti.

Nota :
- Ibu bapa / penjaga diminta menghantar anak ke sekolah sebelum waktu persekolahan bermula
- Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung kecuali ada urusan dengan pihak sekolah. Sila dapatkan pas pelawat di pondok pengawal sebelum memasuki kawasan sekolah.
- Kerjasama tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

MAJLIS BACAAN YAASIN

TARIKH : 19 JANUARI 2010 (SELASA)
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SKSJ2

** SEMUA GURU DAN MURID-MURID BERAGAMA ISLAM DIMINTA MEMBAWA SURAH YAASIN. TERIMA KASIH.

NAMA KELAS DI SKSJ2

TAHUN 1
1 ARIF
1 BESTARI
1 CEMERLANG
1 DEDIKASI
1 EFEKTIF

TAHUN 2
2 ARIF
2 BESTARI
2 CEMERLANG
2 DEDIKASI
2 EFEKTIF

TAHUN 3
3 ARIF
3 BESTARI
3 CEMERLANG
3 DEDIKASI
3 EFEKTIF

TAHUN 4
4 ARIF
4 BESTARI
4 CEMERLANG
4 DEDIKASI
4 EFEKTIF

TAHUN 5
5 ARIF
5 BESTARI
5 CEMERLANG
5 DEDIKASI
5 EFEKTIF

TAHUN 6
6 ARIF
6 BESTARI
6 CEMERLANG
6 DEDIKASI
6 EFEKTIF

18 JAN 2010 PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA DI SK SEREMBAN JAYA 2

TARIKH : 18 JANUARI 2010 (ISNIN)
MASA : 7.25 PAGI

ANTARA TETAMU VIP :

MURID-MURID SULUNG SK SEREMBAN JAYA 2
IBU BAPA / PENJAGA
TN. HJ. JAMALI BIN HJ. SALAM- TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN JPNS
EN. SHAFIE
TN. HJ. MUSA BIN ABDULLAH - PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PPD SEREMBAN
EN. SUHAIMI BIN YUSUF
EN. YAP
TN. HJ HAMZAH BIN ABU - KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

& SEMUA YANG HADIR

TERIMA KASIH DAUN KELADI. KEHADIRAN MURID-MURID/TUAN/PUAN KAMI RAIKAN.

Friday, January 22, 2010

KENANGAN TERUKIR DI SKSJ2 BERSAMA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA





LAWATAN Y.BHG TAN SRI DATO' ALIMUDDIN BIN MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, YANG BERBAHAGIA DATO' ABDULLAH BIN MOHAMAD, PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN, YANG BERUSAHA TUAN HJ. JAMALI BIN HJ. SALAM, TIM. PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN, YANG BERUSAHA TN. HJ. MUSA BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEREMBAN, YANG BERUSAHA TN. HJ HAMZAH BIN ABU, KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, KETUA-KETUA UNIT DAN TETAMU-TETAMU VIP YANG DIRAI.

TARIKH : 19 JANUARI 2010 (SELASA)
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT LAWATAN : PEJABAT, BALAI PERMATA DAN PERSEKITARAN SKSJ2

Secebis ingatan dari Y.BHG TAN SRI DATO' ALIMUDDIN BIN MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BUAT GURU-GURU SKSJ2 :

"Guru-guru hendaklah sama-sama bergandingan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memperkembangkan potensi individu murid kerana setiap murid mempunyai potensinya yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru mestilah kreatif menggunakan strategi pengajaran dan pendekatan yang pelbagai sesuai dengan tahap kecerdasan murid.

Pembangunan fizikal akan bertambah mantap dengan pengisian di dalamnya. Sekolah yang cantik ialah sekolah yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat melahirkan sekolah yang mempunyai murid yang berpotensi tinggi dan seimbang dari segi JERIS.

Guru Tahap 1 mestilah yang bagus dan berpengalaman. Semua murid Tahun 3 mesti menguasai 3M.

Pihak sekolah mewujudkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa.

Diharap sekolah baru akan membina budaya baru yang progresif dan dinamik. Team work sangat penting. Jangan ada cucuk-mencucuk.

Guru-guru mesti berkhidmat kerana Tuhan dan berdoa semoga Tuhan akan membalas jasa kita, anak kita atau keluarga kita. Kalau kita berpegang kepada prinsip itu, kita tidak rasa rugi bekerja. Kerja jangan berkira.

Semoga SKSJ2 nanti akan berjaya di dalam UPSR nanti. Perkembangan SKSJ2 akan dipantau dari jauh melalui keputusan peperiksaan UPSR nanti".

Taklimat diakhiri dengan sesi bergambar.

KELAS TASMIK j-QAF

MAKLUMAN KELAS TASMIK UNTUK TAHUN 1-4
Kelas Tasmik akan bermula pada 1 Februari 2010 (Isnin). Diharap agar murid-murid datang ke kelas pada setiap hari yang ditetapkan. Kelas ini WAJIB dihadiri oleh murid-murid sebagai usaha ke arah Khatam al-Quran sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Berikut adalah jadual Kelas Tasmik :

Isnin - Tahun 4
Masa : 1.10 - 2.10 petang

Selasa - Tahun 3
Masa : 1.10 - 2.10 petang

Rabu - Tahun 2
Masa : 12.30 - 1.30 tengahari

Khamis - Tahun 1
Masa : 12.30 - 1.30 tengahari

KEHADIRAN ANAK-ANAK SEMUA ADALAH WAJIB.
Terima kasih.

** Buku Iqra' boleh dibeli dari Panitia Pendidikan Islam, SKSJ2 berharga RM10.00
** al-Quran Tafsir boleh dibeli dari Panitia Pendidikan Islam berharga RM70.00

Sila berhubung dengan ustaz/ustazah yang mengajar di kelas anda!

Salam Sejahtera

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA 2
70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.

TELEFON : 06 675 3323
NO FAKS : 06 675 3304