Wednesday, August 24, 2011

SUMBANGAN AIDIL FITRI BUAT ANAK YATIM DAN MISKIN

TARIKH : 24 OGOS 2011 (RABU)
TEMPAT : DATARAN ILMU
DANA : SUMBANGAN STAF SK SEREMBAN JAYA 2
Semoga berbahagia dengan kehadiran Aidil Fitri nanti.

Terima kasih cikgu.


PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H

Program ini merupakan program tahunan yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang program ini dijalankan, murid-murid akan didedahkan dengan amalan-amalan yang dituntut sepanjang bulan Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan :
1. Tadarus al-Quran - Murid Tahun 6 dan 5 yang telah khatam al-Quran
2. Tadarus al-Quran - Staf SK Seremban Jaya 2
3. Kem Literasi al-Quran - Murid-murid Tahun 4 dan 5 yang masih lagi membaca Iqra'3 ke bawah
4. Kuiz Terbuka Untuk Staf
5. Projek Kreatif untuk murid-murid tahun 1-6 : Mewarna, Puzzle, Membuat Kad Ucapan, Buku Skrap



Khatam al-Quran Ramadhan 1432H

Ustaz Rosha'ramadhan mengetuai Majlis Khatam al-Quran bersama guru-guru

Guru-guru yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anak murid

Terima kasih buat semua yang menjayakan Majlis Khatam al-Quran ini. 
Semoga Ramadhan kali ini sungguh bermakna.

Saturday, August 13, 2011

PEMBERITAHUAN :

PEMBERITAHUAN: MAKLUMAN HARI PELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA PERTINDIHAN HARI RAYA PUASA & HARI KEBANGSAAN PADA 31 OGOS 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan bertindih dengan Hari Kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada portal rasmi Pejabat Perdana Menteri.
Klik disini: Kenyataan Media dari KSN

UJIAN BULAN OGOS 2011

TARIKH : 15-19 OGOS 2011
SASARAN : SEMUA MURID SK SEREMBAN JAYA 2

Selamat Mengulangkaji Matapelajaran dan Selamat Menempuh Ujian Ogos. Semoga berjaya cemerlang.

Saturday, August 6, 2011

KEM LITERASI AL-QURAN 2011

TARIKH : SEPANJANG RAMADHAN 1432 H
PESERTA : 65 ORANG
FASILITATOR : 15 ORANG

FASILITATOR
Seramai 65 orang murid menyertai Kem Literasi al-Quran pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan 1432H.  

STAFF SOKONGAN

ZAINAB BT ISMAIL - KPT N22
SALENDAH BT NOOR PAN - PT N17

SITI SALWANI BT ISMAIL - PPM N17

SITI NOR HAFIZA BT ABD GHAFFA - PPM N17
MOHD FAIZAL BIN MOHD YUSOF-PEMBANTU AM PEJABAT


LAGU SEKOLAH

Di atas mandat mu negara
Di kau tersergam indah
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Sekolah kebanggaan kami semua

c/o Kami berjanji setia
Menuntut ilmu berakhlak mulia
Jati diri bersemangat waja
Mengharumkan sekolah yang tercinta

Kepada guru, ibu dan bapa
Kami junjung segala cita
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Pasti berjaya dan berjasa

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2009.  Pada 16 April 2009, pihak pengurusan SK Seremban Jaya 2 telah dilantik dan melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu En. Ahmad Bin Harun, Guru Besar, Pn. Rozaimah Binti Harun, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Zaitun Binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Tuan Haji Norhizam B. Zulkifle, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Mereka telah menumpang di SK Seremban Jaya selama seminggu.  Kemudian, mereka telah  berpindah ke bangunan SK Seremban Jaya 2 yang masih dalam pembinaan.

Mesyuarat guru kali pertama telah berlangsung pada 31.12.2009 di ruang pejabat, SK Seremban Jaya 2.  Seramai 42 orang guru daripada pelbagai opsyen hadir.  90% daripada mereka merupakan guru SK Seremban Jaya.

Warga SK Seremban Jaya 2 memulakan sesi persekolahan pada sebelah petang dengan menumpang belajar di SK Seremban Jaya dari 4 hingga 15 Januari 2010.  Terdapat sebanyak 30 buah kelas dengan kapasiti murid seramai 850 orang.  Sesi persekolahan bermula pada jam 1.15 petang hingga 6.35 petang (Isnin – Khamis) dan jam 2.15 petang hingga 6.35 petang (Jumaat).  Urusan pentadbiran dilakukan di Bilik Percambahan Minda, SK Seremban Jaya.

Pada 11 Januari 2010, pihak kontraktor telah menyerahkan bangunan SK Seremban Jaya 2 kepada pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang kemudian menyerahkannya pula kepada Encik Ahmad Bin Harun, Guru Besar SK Seremban Jaya 2.  Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamzah B. Haji Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Shafie B. Mohd. Nor, Ketua Unit, Perkhdiamtan dan Pendaftaran,  Pegawai Unit Pembangunan dan Bekalan, dan Encil Suhaimi Bin Mohd. Yusof, Penyelia Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

15 Januari 2010 merupakan hari terakhir warga SK Seremban Jaya 2 menumpang teduh menimba ilmu, dan pengalaman di SK Seremban Jaya (4 Januari 2010 - 15 Januari 2010). Semoga ukhuwah ini berterusan selamanya. Terima kasih, SK Seremban Jaya. Budi kalian tidak terbalas.

Pada 16 Januari 2010, semua guru dan kakitangan menjayakan aktiviti gotong-royong di SK Seremban Jaya 2.  Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan. Satu blok bangunan akademik setinggi dua tingkat yang menempatkan 30 buah kelas dan bilik-bilik khas.  Manakala satu blok bangunan setinggi satu tingkat menempatkan pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik-bilik khas dan bilik kaunseling.  Terdapat juga bangunan prasekolah setinggi dua tingkat, kantin dan di atas kantin ada dewan terbuka.

Pada 18 Januari 2010, warga SK Seremban Jaya 2 memulakan sesi persekolahan di bangunan sendiri yang terletak kira-kira satu kilometer dari SK Seremban Jaya.  Gimik Perasmian Perhimpunan Hari Pertama di Dataran Ilmu, SK Seremban Jaya 2 dan perasmian laman web sekolah iaitu http://sksj2.blogspot.com telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dengan disaksikan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.  
Pada 19 Januari 2010, SK Seremban Jaya 2 berasa amat bertuah apabila menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Alimuddin Bin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Bin Mohamad, Pengarah pelajaran Negeri Sembilan,  Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Yang Berusaha Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban dan pegawai-pegawai pengiring. Beliau telah menyampaikan amanat yang amat berguna untuk pedoman dan panduan para guru.

2010, SK Seremban Jaya 2 mempunyai seramai 60 orang guru, 5 orang staf sokongan dan 958 orang murid. 2011, bilangan guru adalah seramai 63 orang dan 1015 orang murid.

Semua guru dan pelajar sangat teruja berada di sekolah baru yang mempunyai bangunan yang cantik ini.  Semoga SK Seremban Jaya 2 dapat mencipta kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan KoKurikulum pada setiap tahun.  Harapan semoga keputusan UPSR pada tahun ini cemerlang dengan kejayaan yang memberangsangkan.  Target tahun 2010, murid yang mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR seramai 39 orang (18%).  Tahun 2010, SK Seremban Jaya 2 melahirkan seramai 12 orang murid 5A, tahniah diucapkan. Semoga SKSJ2 melakar sejarah kecemerlangan berterusan.

VISI DAN MISI

Monday, August 1, 2011

PERTANDINGAN PANTUN PSS TAHAP 1

TARIKH : 1 OGOS 2011 (ISNIN)
MASA : REHAT
TEMPAT : PSS SK SEREMBAN JAYA 2
Sedang mempersembahkan pantun dengan berani ! Tahniah....

TADARRUS AL-QURAN

TARIKH : SEPANJANG RAMADHAN 1432H
TEMPAT : SURAU SK SEREMBAN JAYA 2
MASA : 10.10-10.30 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 6 DAN TAHUN 5 YANG TELAH KHATAM AL-QURAN
Semoga menjadi anak soleh penenang hati ayah dan ibu
Tenang dan damai memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Naqibah, Ustazah Khasliza


PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H

TARIKH : 1 OGOS 2011 (ISNIN)
MASA : 7.40-8.40 PAGI
TEMPAT : DATARAN ILMU SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : SEMUA WARGA SK SEREMBAN JAYA 2