Friday, September 30, 2011

MAJLIS SEMAIAN WAHYU 2011

TARIKH : 1 OKTOBER 2011 (SABTU)
MASA : 6.45 PAGI (BERKUMPUL DI SK SEREMBAN JAYA 2)
TEMPAT : SK PUTERI
PENYERTAAN :
TIL AL-QURAN THP 1 DAN THP 2
KUIZ THP 1 DAN THP 2
KALAM JAMAIE
DIKIR ARAB

** Semoga peserta-peserta tidak gentar, istiqamah dan cekal mendepani hari esok. Selamat Berjaya. Sila jaga ketrampilan dan mendisiplinkan diri ketika berada di tempat orang.

Keputusan Pertandingan 1 Oktober 2011 (Sabtu)

Til al-Quran Thp 1 - Naib Johan dari 26 buah sekolah
Kalam Jamaie - Tmpt Ke3 dari 15 buah sekolah
Kuiz Thp 1 - Tmpt ke5 dari 26 buah sekolah
Dikir Arab - Cuba lagi !
Til al-Qauran Thp 2 - Cuba lagi !
Kuiz Thp 2 - Cuba lagi !





Jutaan Terima Kasih buat semua jurulatih, guru-guru dan
ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak-anak.

Jurulatih Til al-Quran  : Ustzh Rose Zunaini dan Pn. Jaslina
Jurulatih Kalam Jamaie :
Ustz Khasliza, Ustz Norazimah, Ustz Norhayati, Pn. Shahirin, Pn. Azimah, Pn. Hjh. Shazlina
Jurulatih Dikir Arab : Ust Azraie, En Wan Razmani, Pn. Shima, Pn. Azimah
Jurulatih Kuiz : Pn. Noor Iklima, Pn. Hjh. Shazlina dan Pn Norazmawati

Friday, September 9, 2011

UPSR 2011

Ayuh semua calon-calon UPSR SKSJ2 2011, teruskan perjuangan, jangan gentar !
13- 15 SEPTEMBER 2011
Kami mendoakan kejayaan cemerlang kalian.

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2011MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : IBU BAPA/ MURID-MURID TAHUN6 DAN SEMUA WARGA SKSJ2

Wednesday, September 7, 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT JPNNS 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Semoga berbahagia di Aidil Fitri dan selamat menjalani Puasa 6 di dalam bulan Syawal. Maaf jika ada silap dan salah dari guru-guru dan Staf SK Seremban Jaya 2 buat semua warga sekolah,
ibu bapa dan murid-murid. Semoga hubungan dan ikatan silaturrahim yang terjalin bertambah erat dari tahun ke tahun. InsyaAllah.


UPSR DAH DEKAT, NAK BUAT APA SEKARANG?

1. Sembahyang jangan tinggal...banyakkan bangun malam solat dan doa
2.Jangan stress dan tension...anda dah banyak berusaha sebelum ini, cukuplah
3.Jangan terlalu paksa diri...anda tahu sendiri keupayaan anda
4.Sekarang masa rileks...bukan nak ulang kaji dengan banyaknya...anda dah belajar tiga tahun dari darjah 4
5.Senyum selalu...yakin Allah akan beri pertolongan
6.Sabar,redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diperolehi...dah tertulis..yang penting anda dah usaha

"YA ALLAH TERANGKAN HATIKU, DENGAN CAHAYA HIDAYAHMU..SEPERTI KAU TERANGKAN BUMI, DENGAN MATAHARIMU SELAMA-LAMANYA...amin"

KENAPA MASIH TIDAK MENUTUP AURAT??

Adik-adik..kenapa masih tidak menutup aurat? sedangkan menutup aurat itu hukumnya wajib bagi kita orang Islam. Pernahkah adik-adik terfikir, kenapa bila belajar tak pernah dapat-dapat..tak pernah faham? salah satunya kerana kita tidak mahu ikut hukum Allah. Bagaimana Allah hendak jaga kita, kalau hukum Allah kita sendiri tak nak laksanakan? Siapa kita yang terlalu berani menentang Allah, jangan jadikan macam-macam alasan untuk tidak menutup aurat. Yakin kah kita untuk terus hidup esok hari? Kalau kita mati dalam keadaan mendedahkan aurat, Allah akan dedahkan aib kita semasa kita mati... JADILAH MUSLIM YANG TAAT.