Friday, September 3, 2010

SALAM AIDIL FITRI

TARIKH : 3 SEPT 2010
SASARAN : GURU-GURU, STAF DAN MURID-MURID SKSJ2
MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI

Guru-guru SKSJ2 memohon ampun dan maaf seandainya pernah terkasar bahasa dan terguris perasaan anak-anak sewaktu mendidik dan membimbing kalian. Mengertilah anak-anak, marah dan tegur itulah tanda sayang kami pada kalian. Selamat Menyambut Hari Lebaran dan jangan lupakan buku walau seketika buat calon-calon UPSR 2010. Moga berbahagia di Aidil Fitri nanti. 
Hingga bertemu pada 15 September 2010 (Rabu), sekolah dibuka kembali.

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SKSJ2

Tarikh : Sepanjang bulan Ogos - 16 September 2010
Aktiviti :
Pertandingan mewarna, nyanyian Lagu Patriotik, Persembahan Pakaian Kebangsaan dari murid Prasekolah, keceriaan kelas merdeka.
Anjuran bersama : Panitia Sivik Kenegaraan, Kajian Tempatan dan Muzik.


Anak-anak merdeka, Semoga merdeka kalian pada landasan yang betul dan benar. Kalian pewaris generasi masa depan. Cemerlangkanlah mereka selamanya !!! Jadikanlah mereka manusia berjaya dan berjasa buat kedua ibubapa, guru-guru jua seluruh umat manusia di muka bumi tuhan. Lapangkanlah dada mereka dengan hidayah dan ketaatan berterusan kepada tuhan yang mencipta. Amiin.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA MURID-MURID

Sumbangan kepada murid-murid miskin dan anak-anak yatim.
Terima kasih kepada semua penderma. Syukran Jazilan. Bulan Ramadhan, bulan rahmat. Satu kebaikan dibuat, 70 balasannya dari Allah. Gandakan ibadah dan amalan untuk saham di SANA.

CALON UPSR SULONG - 2010

Yakin Boleh ! Hanya usaha dan bertawakal sahaja yang mampu merubah segalanya. Segalanya mungkin ! Teruskan perjuangan sehingga ke dewan peperiksaan. Jangan sesekali lupa tanggungjawab, UPSR belum bermula ! Bahagiakan hati kedua ibubapa kalian, guru-guru kalian dengan kejayaan cemerlang. Amiin.

Program Sepanjang Bulan Ramadhan - Panitia Pendidikan Islam SKSJ2

Tahun 1 & Tahun 2 - Mewarna
Tahun 3 - Pertandingan Teka Silangkata
Tahun 4 - Pertandingan Menghasilkan Kad Ucapan
Tahun 5 - Pertandingan Merekacipta Model Masjid
Tahun 6 - Kuiz Harian


Majlis Tadarrus & Khatam al-Quran Peringkat Sekolah

Tarikh : 1 September 2010
Hari : Rabu
Tempat : Dataran Ilmu, SKSJ2
Bilangan peserta : 68 orang
"Basahi lidah dengan Kalamullah, Hiasi diri dengan akhlak al-Quran, Pasti kita berjaya di dunia & akhirat".

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS PERPISAHAN KAUNSELOR-PN RAFE'AH

Kehilangan sementara ini pasti dirindui oleh murid-murid. Semoga kembali pada tahun depan seperti selalu. Kami menunggu 2011 pertemuan kembali. Doakan kami sentiasa berjaya dan berjasa.