IBU BAPA

  •  
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
  •  
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
  •  
Pinjaman Pelajaran MARA
  •  
Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian
Semakan UPU Online

Sarana Ibu Bapa

Program Pemantapan SARANA Ibu Bapa Dan SARANA Sekolah di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24.2.2013. sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan,sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan anak-anak. Justeru KPM telah melaksanakan program sarana ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.