CARA UNTUK LOG IN YES ID DAN PASSWORD DALAM AKAUN VLE FROG ANDA
Kepada para pelajar SK SEREMBAN JAYA 2 yang sudah mendapat YES ID dan PASSWORD bagi akaun VLE FROG anda, berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda.
LANGKAH 1:
Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome.
LANGKAH 2:
Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:
https://nba4051@Yes.My
Kemudian tekan ENTER
Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.
LANGKAH 3:
Paparan seperti berikut akan dipaparkan.
LANGKAH 4:
Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.
Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil.
LANGKAH 5:
Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.
Sila tandakan pada kotak kecil “Click here to accept terms and condition”.
LANGKAH 6:
Inilah paparan bagi Your Dashboard anda. Anda boleh mengedit ruangan Dashbord ini.
LANGKAH 7:
Ini adalah paparan bagi School Dashboard.
Segala info berkaitan dengan sekolah akan dipaparkan di ruangan ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.