Friday, March 15, 2013

PROGRAM AMAL FOOD BANK 2013


Fasa Pertama program ini dilahirkan kerana ingin mendidik diri dan individu untuk sama-sama menyumbang kepada murid-murid sekolah rendah dalam bentuk makanan. Dengan harapan, makanan yang dimakan akan menjadi darah yang sentiasa mengalir di dalam badan mereka dan pahalanya sentiasa mengalir kepada penyumbang sehingga selepas kematian. Semoga usaha ini diberkati semasa masih hidup dan selepas kematian. Pendekatan memberi makan tanpa mengira agama juga salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW.

Projek ini mendapat sokongan daripada Guru Besar SK Seremban Jaya 2, Pn. Zaiton Bt Lana yang menyokong penuh projek ini dilaksanakan di SK Seremban Jaya 2. Semoga ada individu atau syarikat swasta sudi memberi bantuan kewangan untuk menampung kos penyediaan makanan bermasak seperti nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, dan air minuman pada waktu rehat setiap hari Jumaat kepada 100 orang murid terawal yang mengunjungi kantin SK Seremban Jaya 2.
















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.