Tuesday, August 20, 2013

PERTANDINGAN BUKU SKRAP MULTIMEDIA KEMERDEKAAN

PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP MULTIMEDIA KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH MALAYSIA 2013
MAKLUMAT UMUM
1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah(Kategori A) dan Sekolah Menengah(Kategori B) di
seluruh Malaysia.
2. Penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan pertandingan pada bila
-bila masa sepanjang tempoh pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai.
3. Penyertaan adalah percuma.
Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Perpustakaan Negara
Malaysia di http://www.pnm.gov.my atau boleh didapati di Kaunter Penerangan PNM.
4. Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan yang dihantar untuk menyertai pertandingan ini menjadi hak milik Perpustakaan
Negara Malaysia sebagai penganjur dan tidak akan dikembalikan kepada peserta.
5. Perpustakaan Negara Malaysia berhak untuk menerbit, mencetak dan mempamerkan hasil karya peserta dan tidak terikat
dengan apa-apa bentuk bayaran kepada peserta.
6. Pemenang akan dimaklumkan melalui Laman Sesawang PNM, surat, faks, e-mel atau dihubungi melalui telefon.
7. Semua penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
8. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Pertanyaan lanjut:
Sekretariat
Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan
Bahagian Perkhidmatan Digital
Aras 4 Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
232 Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
Tel : 03-26871895
Faks : 03-26922255
E-mel : bpd@pnm.gov.my


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.