Friday, January 22, 2010

KENANGAN TERUKIR DI SKSJ2 BERSAMA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA





LAWATAN Y.BHG TAN SRI DATO' ALIMUDDIN BIN MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA, YANG BERBAHAGIA DATO' ABDULLAH BIN MOHAMAD, PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN, YANG BERUSAHA TUAN HJ. JAMALI BIN HJ. SALAM, TIM. PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN, YANG BERUSAHA TN. HJ. MUSA BIN ABDULLAH, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEREMBAN, YANG BERUSAHA TN. HJ HAMZAH BIN ABU, KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH, KETUA-KETUA UNIT DAN TETAMU-TETAMU VIP YANG DIRAI.

TARIKH : 19 JANUARI 2010 (SELASA)
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT LAWATAN : PEJABAT, BALAI PERMATA DAN PERSEKITARAN SKSJ2

Secebis ingatan dari Y.BHG TAN SRI DATO' ALIMUDDIN BIN MOHD DOM, KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BUAT GURU-GURU SKSJ2 :

"Guru-guru hendaklah sama-sama bergandingan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memperkembangkan potensi individu murid kerana setiap murid mempunyai potensinya yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru mestilah kreatif menggunakan strategi pengajaran dan pendekatan yang pelbagai sesuai dengan tahap kecerdasan murid.

Pembangunan fizikal akan bertambah mantap dengan pengisian di dalamnya. Sekolah yang cantik ialah sekolah yang menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat melahirkan sekolah yang mempunyai murid yang berpotensi tinggi dan seimbang dari segi JERIS.

Guru Tahap 1 mestilah yang bagus dan berpengalaman. Semua murid Tahun 3 mesti menguasai 3M.

Pihak sekolah mewujudkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa.

Diharap sekolah baru akan membina budaya baru yang progresif dan dinamik. Team work sangat penting. Jangan ada cucuk-mencucuk.

Guru-guru mesti berkhidmat kerana Tuhan dan berdoa semoga Tuhan akan membalas jasa kita, anak kita atau keluarga kita. Kalau kita berpegang kepada prinsip itu, kita tidak rasa rugi bekerja. Kerja jangan berkira.

Semoga SKSJ2 nanti akan berjaya di dalam UPSR nanti. Perkembangan SKSJ2 akan dipantau dari jauh melalui keputusan peperiksaan UPSR nanti".

Taklimat diakhiri dengan sesi bergambar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.