Saturday, January 30, 2010

BUDAYA KAMI...KEHADIRAN KALIAN, KAMI SAMBUT PENUH MAKNA.





Pada setiap awal pagi, murid-murid SKSJ2 yang datang ke sekolah pasti dilayan seperti VIP oleh guru-guru yang setia menunggu kehadiran kalian ke sekolah. Tangan dihulur dan disambut dengan penuh makna oleh guru-guru, dengan satu harapan,

"Anak-anak, timbalah ilmu di sini dan di mana sahaja kalian berada, semoga kalian berjaya menggapai kejayaan cemerlang untuk dihadiahkan buat ibu, ayah dan keluarga yang tersayang. Kami akan berusaha menjadikan kalian anak-anak cemerlang. Namun, anak-anak, kejayaan tidak akan datang bergolek, sayang. Ia perlu disertai dengan usaha yang tidak kenal jemu dan penat, berdoa dan bertawakkal moga usaha berhasil kelak. Mohonlah restu daripada ayah dan ibu, mintalah daripada mereka selepas solat mereka, doa-doa kejayaan buat kalian. Berkat doa mereka, kalian pasti berjaya.

Apabila kejayaan dicatat, kami guru-guru kalian hanya mampu tersenyum bahagia dan ibu bapa kalian pasti bangga. Hadiahkanlah kejayaan buat kami, anak-anak sayang".

Hiasilah diri dan peribadi dengan iman. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di dunia dan di akhirat sayang".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.