Tuesday, February 2, 2010

Terima kasih buat En. Rahim dan keluarga


1 Feb - Pihak kami mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih buat En. Rahim dan En. Rizal sekeluarga kerana sudi mewakafkan al-Quran buat sekolah kami sebanyak 50 buah. Amal jariah ini hanya Allah yang mampu membalasnya. Kami terharu menerimanya. Semoga ukhuwwah yang terbina ini berkekalan selamanya. Semoga En. Rahim sekeluarga dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik. Sebagai tanda terima kasih kami buat kalian, marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat allahyarhamah bonda En. Rahim sekeluarga. al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.