Wednesday, December 28, 2011

SEMAKAN KE TINGKATAN 1

TAHNIAH KEPADA GRADUAN UPSR 2011 YANG BERJAYA KE SMKA

  1. AHMAD NASSIERUDDIN BIN ISNIN - SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID
  2. MOHD AZIB BIN MOHD ROHAIZAN - SMKA DATUK HAJI ABU HASSAN
  3. MUHAMMAD HAIKAL DANISH BIN MOHAMAD RAFIE - SMKA DATUK HAJI ABU HASSAN
  4. NUR IRDINA SYAHIRAN BT ABU HANAFIAH - SMKA DATUK HAJI ABU HASSAN

Tahniah dan selamat berjaya di alam sekolah menengah. Kepada murid-murid lain, sila nyatakan nama sekolah anda di ruangan komen di bawah ini untuk tujuan dokumentasi - alumni SKSJ2. Terima kasih.

Sunday, December 25, 2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2012

TARIKH : 27 DISEMBER 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT  : BALAI PERMATA, SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : SEMUA GURU SK SEREMBAN JAYA 2

Thursday, November 17, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011


BILANGAN 5A : 14 ORANG
GRED PURATA SEK : 2.16

TAHNIAH !!!
Pelajar 5A

Pelajar 4A

Sunday, October 30, 2011

SALAM AIDIL ADHA 1432H


HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

TARIKH : 31 OKTOBER - 4 NOVEMBER 2011

ISNIN 31 OKT 2011
LATIHAN : TAHUN 1 & THN 4

SELASA  1 NOV 2011
LATIHAN : TAHUN 2 & THN 5

RABU 2 NOV 2011
LATIHAN : TAHUN 3
LIGA 1 BOLA TAMPAR : THN 4 & THN 5

KHAMIS 3 NOV 2011
SUKANEKA : THN1 & THN 2
LIGA 2 SEMI FINAL : THN 4 & THN 5

JUMAAT 4 NOV 2011
SUKANEKA  : TAHUN 3
FINAL : THN4 & THN 5

** SUKANEKA :
  • ISI AIR DLM BOTOL
  • BALING PUNDI KACANG DALAM BOTOL
  • KERETAPI BOLA
** KARNIVAL BOLA TAMPAR
  • THN 4 & THN 5
  • 8 ORG SETIAP KUMPULAN
  • LELAKI & PEREMPUAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA 2011


40/60 ORANG MURID SK SEREMBAN JAYA 2 MENYERTAI PROGRAM INI. 4 ORANG GURU MENJADI AJK PENDAFTARAN DAN 7 ORANG GURU PENGIRING.
 TAHNIAH KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MERAIKAN KAMI !

Sunday, October 16, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

TARIKH : 17 - 21 OKTOBER 2011
SASARAN : SEMUA MURID SK SEREMBAN JAYA 2

Selamat mengulangkaji pelajaran. Teruskan kecemerlangan !

Wednesday, October 12, 2011

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA



Tahniah buat Adik Nur Shauqina Adibah Tahun 6 Arif SK Seremban Jaya 2 kerana terpilih menjadi pemenang dari seramai 52,000 penyertaan.
Tahniah buat Shauqina, guru-guru dan  kedua ibu dan ayah yang membimbing.
Buat pelajar-pelajar lain, jadikan ia sebagai motivasi, mencuba dan terus mencuba.
 Pasti ada ganjarannya.

Friday, September 30, 2011

MAJLIS SEMAIAN WAHYU 2011

TARIKH : 1 OKTOBER 2011 (SABTU)
MASA : 6.45 PAGI (BERKUMPUL DI SK SEREMBAN JAYA 2)
TEMPAT : SK PUTERI
PENYERTAAN :
TIL AL-QURAN THP 1 DAN THP 2
KUIZ THP 1 DAN THP 2
KALAM JAMAIE
DIKIR ARAB

** Semoga peserta-peserta tidak gentar, istiqamah dan cekal mendepani hari esok. Selamat Berjaya. Sila jaga ketrampilan dan mendisiplinkan diri ketika berada di tempat orang.

Keputusan Pertandingan 1 Oktober 2011 (Sabtu)

Til al-Quran Thp 1 - Naib Johan dari 26 buah sekolah
Kalam Jamaie - Tmpt Ke3 dari 15 buah sekolah
Kuiz Thp 1 - Tmpt ke5 dari 26 buah sekolah
Dikir Arab - Cuba lagi !
Til al-Qauran Thp 2 - Cuba lagi !
Kuiz Thp 2 - Cuba lagi !





Jutaan Terima Kasih buat semua jurulatih, guru-guru dan
ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak-anak.

Jurulatih Til al-Quran  : Ustzh Rose Zunaini dan Pn. Jaslina
Jurulatih Kalam Jamaie :
Ustz Khasliza, Ustz Norazimah, Ustz Norhayati, Pn. Shahirin, Pn. Azimah, Pn. Hjh. Shazlina
Jurulatih Dikir Arab : Ust Azraie, En Wan Razmani, Pn. Shima, Pn. Azimah
Jurulatih Kuiz : Pn. Noor Iklima, Pn. Hjh. Shazlina dan Pn Norazmawati

Friday, September 9, 2011

UPSR 2011

Ayuh semua calon-calon UPSR SKSJ2 2011, teruskan perjuangan, jangan gentar !
13- 15 SEPTEMBER 2011
Kami mendoakan kejayaan cemerlang kalian.

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011

TARIKH : 9 SEPTEMBER 2011MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : IBU BAPA/ MURID-MURID TAHUN6 DAN SEMUA WARGA SKSJ2

Wednesday, September 7, 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT JPNNS 2011


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Semoga berbahagia di Aidil Fitri dan selamat menjalani Puasa 6 di dalam bulan Syawal. Maaf jika ada silap dan salah dari guru-guru dan Staf SK Seremban Jaya 2 buat semua warga sekolah,
ibu bapa dan murid-murid. Semoga hubungan dan ikatan silaturrahim yang terjalin bertambah erat dari tahun ke tahun. InsyaAllah.


UPSR DAH DEKAT, NAK BUAT APA SEKARANG?

1. Sembahyang jangan tinggal...banyakkan bangun malam solat dan doa
2.Jangan stress dan tension...anda dah banyak berusaha sebelum ini, cukuplah
3.Jangan terlalu paksa diri...anda tahu sendiri keupayaan anda
4.Sekarang masa rileks...bukan nak ulang kaji dengan banyaknya...anda dah belajar tiga tahun dari darjah 4
5.Senyum selalu...yakin Allah akan beri pertolongan
6.Sabar,redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal diperolehi...dah tertulis..yang penting anda dah usaha

"YA ALLAH TERANGKAN HATIKU, DENGAN CAHAYA HIDAYAHMU..SEPERTI KAU TERANGKAN BUMI, DENGAN MATAHARIMU SELAMA-LAMANYA...amin"

KENAPA MASIH TIDAK MENUTUP AURAT??

Adik-adik..kenapa masih tidak menutup aurat? sedangkan menutup aurat itu hukumnya wajib bagi kita orang Islam. Pernahkah adik-adik terfikir, kenapa bila belajar tak pernah dapat-dapat..tak pernah faham? salah satunya kerana kita tidak mahu ikut hukum Allah. Bagaimana Allah hendak jaga kita, kalau hukum Allah kita sendiri tak nak laksanakan? Siapa kita yang terlalu berani menentang Allah, jangan jadikan macam-macam alasan untuk tidak menutup aurat. Yakin kah kita untuk terus hidup esok hari? Kalau kita mati dalam keadaan mendedahkan aurat, Allah akan dedahkan aib kita semasa kita mati... JADILAH MUSLIM YANG TAAT.

Wednesday, August 24, 2011

SUMBANGAN AIDIL FITRI BUAT ANAK YATIM DAN MISKIN

TARIKH : 24 OGOS 2011 (RABU)
TEMPAT : DATARAN ILMU
DANA : SUMBANGAN STAF SK SEREMBAN JAYA 2
Semoga berbahagia dengan kehadiran Aidil Fitri nanti.

Terima kasih cikgu.


PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H

Program ini merupakan program tahunan yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang program ini dijalankan, murid-murid akan didedahkan dengan amalan-amalan yang dituntut sepanjang bulan Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan :
1. Tadarus al-Quran - Murid Tahun 6 dan 5 yang telah khatam al-Quran
2. Tadarus al-Quran - Staf SK Seremban Jaya 2
3. Kem Literasi al-Quran - Murid-murid Tahun 4 dan 5 yang masih lagi membaca Iqra'3 ke bawah
4. Kuiz Terbuka Untuk Staf
5. Projek Kreatif untuk murid-murid tahun 1-6 : Mewarna, Puzzle, Membuat Kad Ucapan, Buku Skrap



Khatam al-Quran Ramadhan 1432H

Ustaz Rosha'ramadhan mengetuai Majlis Khatam al-Quran bersama guru-guru

Guru-guru yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anak murid

Terima kasih buat semua yang menjayakan Majlis Khatam al-Quran ini. 
Semoga Ramadhan kali ini sungguh bermakna.

Saturday, August 13, 2011

PEMBERITAHUAN :

PEMBERITAHUAN: MAKLUMAN HARI PELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA PERTINDIHAN HARI RAYA PUASA & HARI KEBANGSAAN PADA 31 OGOS 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan bertindih dengan Hari Kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada portal rasmi Pejabat Perdana Menteri.
Klik disini: Kenyataan Media dari KSN

UJIAN BULAN OGOS 2011

TARIKH : 15-19 OGOS 2011
SASARAN : SEMUA MURID SK SEREMBAN JAYA 2

Selamat Mengulangkaji Matapelajaran dan Selamat Menempuh Ujian Ogos. Semoga berjaya cemerlang.

Saturday, August 6, 2011

KEM LITERASI AL-QURAN 2011

TARIKH : SEPANJANG RAMADHAN 1432 H
PESERTA : 65 ORANG
FASILITATOR : 15 ORANG

FASILITATOR
Seramai 65 orang murid menyertai Kem Literasi al-Quran pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan 1432H.  

STAFF SOKONGAN

ZAINAB BT ISMAIL - KPT N22
SALENDAH BT NOOR PAN - PT N17

SITI SALWANI BT ISMAIL - PPM N17

SITI NOR HAFIZA BT ABD GHAFFA - PPM N17
MOHD FAIZAL BIN MOHD YUSOF-PEMBANTU AM PEJABAT


LAGU SEKOLAH

Di atas mandat mu negara
Di kau tersergam indah
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Sekolah kebanggaan kami semua

c/o Kami berjanji setia
Menuntut ilmu berakhlak mulia
Jati diri bersemangat waja
Mengharumkan sekolah yang tercinta

Kepada guru, ibu dan bapa
Kami junjung segala cita
Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2
Pasti berjaya dan berjasa

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya telah ditubuhkan pada 1 Jun 2009.  Pada 16 April 2009, pihak pengurusan SK Seremban Jaya 2 telah dilantik dan melapor diri di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu En. Ahmad Bin Harun, Guru Besar, Pn. Rozaimah Binti Harun, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Zaitun Binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Tuan Haji Norhizam B. Zulkifle, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Mereka telah menumpang di SK Seremban Jaya selama seminggu.  Kemudian, mereka telah  berpindah ke bangunan SK Seremban Jaya 2 yang masih dalam pembinaan.

Mesyuarat guru kali pertama telah berlangsung pada 31.12.2009 di ruang pejabat, SK Seremban Jaya 2.  Seramai 42 orang guru daripada pelbagai opsyen hadir.  90% daripada mereka merupakan guru SK Seremban Jaya.

Warga SK Seremban Jaya 2 memulakan sesi persekolahan pada sebelah petang dengan menumpang belajar di SK Seremban Jaya dari 4 hingga 15 Januari 2010.  Terdapat sebanyak 30 buah kelas dengan kapasiti murid seramai 850 orang.  Sesi persekolahan bermula pada jam 1.15 petang hingga 6.35 petang (Isnin – Khamis) dan jam 2.15 petang hingga 6.35 petang (Jumaat).  Urusan pentadbiran dilakukan di Bilik Percambahan Minda, SK Seremban Jaya.

Pada 11 Januari 2010, pihak kontraktor telah menyerahkan bangunan SK Seremban Jaya 2 kepada pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang kemudian menyerahkannya pula kepada Encik Ahmad Bin Harun, Guru Besar SK Seremban Jaya 2.  Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamzah B. Haji Abu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Shafie B. Mohd. Nor, Ketua Unit, Perkhdiamtan dan Pendaftaran,  Pegawai Unit Pembangunan dan Bekalan, dan Encil Suhaimi Bin Mohd. Yusof, Penyelia Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

15 Januari 2010 merupakan hari terakhir warga SK Seremban Jaya 2 menumpang teduh menimba ilmu, dan pengalaman di SK Seremban Jaya (4 Januari 2010 - 15 Januari 2010). Semoga ukhuwah ini berterusan selamanya. Terima kasih, SK Seremban Jaya. Budi kalian tidak terbalas.

Pada 16 Januari 2010, semua guru dan kakitangan menjayakan aktiviti gotong-royong di SK Seremban Jaya 2.  Sekolah ini mempunyai dua blok bangunan. Satu blok bangunan akademik setinggi dua tingkat yang menempatkan 30 buah kelas dan bilik-bilik khas.  Manakala satu blok bangunan setinggi satu tingkat menempatkan pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik-bilik khas dan bilik kaunseling.  Terdapat juga bangunan prasekolah setinggi dua tingkat, kantin dan di atas kantin ada dewan terbuka.

Pada 18 Januari 2010, warga SK Seremban Jaya 2 memulakan sesi persekolahan di bangunan sendiri yang terletak kira-kira satu kilometer dari SK Seremban Jaya.  Gimik Perasmian Perhimpunan Hari Pertama di Dataran Ilmu, SK Seremban Jaya 2 dan perasmian laman web sekolah iaitu http://sksj2.blogspot.com telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dengan disaksikan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.  
Pada 19 Januari 2010, SK Seremban Jaya 2 berasa amat bertuah apabila menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Alimuddin Bin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Abdullah Bin Mohamad, Pengarah pelajaran Negeri Sembilan,  Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Yang Berusaha Tuan Haji Musa Bin Abdullah, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban dan pegawai-pegawai pengiring. Beliau telah menyampaikan amanat yang amat berguna untuk pedoman dan panduan para guru.

2010, SK Seremban Jaya 2 mempunyai seramai 60 orang guru, 5 orang staf sokongan dan 958 orang murid. 2011, bilangan guru adalah seramai 63 orang dan 1015 orang murid.

Semua guru dan pelajar sangat teruja berada di sekolah baru yang mempunyai bangunan yang cantik ini.  Semoga SK Seremban Jaya 2 dapat mencipta kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan KoKurikulum pada setiap tahun.  Harapan semoga keputusan UPSR pada tahun ini cemerlang dengan kejayaan yang memberangsangkan.  Target tahun 2010, murid yang mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR seramai 39 orang (18%).  Tahun 2010, SK Seremban Jaya 2 melahirkan seramai 12 orang murid 5A, tahniah diucapkan. Semoga SKSJ2 melakar sejarah kecemerlangan berterusan.

VISI DAN MISI

Monday, August 1, 2011

PERTANDINGAN PANTUN PSS TAHAP 1

TARIKH : 1 OGOS 2011 (ISNIN)
MASA : REHAT
TEMPAT : PSS SK SEREMBAN JAYA 2
Sedang mempersembahkan pantun dengan berani ! Tahniah....

TADARRUS AL-QURAN

TARIKH : SEPANJANG RAMADHAN 1432H
TEMPAT : SURAU SK SEREMBAN JAYA 2
MASA : 10.10-10.30 PAGI
SASARAN : SEMUA MURID TAHUN 6 DAN TAHUN 5 YANG TELAH KHATAM AL-QURAN
Semoga menjadi anak soleh penenang hati ayah dan ibu
Tenang dan damai memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Naqibah, Ustazah Khasliza


PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H

TARIKH : 1 OGOS 2011 (ISNIN)
MASA : 7.40-8.40 PAGI
TEMPAT : DATARAN ILMU SK SEREMBAN JAYA 2
SASARAN : SEMUA WARGA SK SEREMBAN JAYA 2







Wednesday, July 27, 2011

KEM LITERASI AL-QURAN

TARIKH : SEPANJANG RAMADHAN 1432H
SASARAN : MURID-MURID YANG MASIH MEMBACA BUKU IQRA' 1-3
TEMPAT : KELAS MASING-MASING
FASILITATOR : GURU PENDIDIKAN ISLAM
MASA : REHAT
 ______________________________________
Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

3. Rasional

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

4. Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3.

5. Tenaga Pembimbing

Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam yang lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.

Monday, July 25, 2011

AKTIVITI KO-KURIKULUM

TARIKH : 27 JULAI 2011 (RABU)
MASA : 7.40-8.40 PAGI (PERMAINAN)         1.00-2.00 PETANG (PERSATUAN & KELAB)
SASARAN : MURID-MURID TAHUN 3, 4, DAN 5
Puteri Islam - Leka bermain menguji minda

En Yuslizan menunjukkan cara mengikat simpulan kepada pengakap SKSJ2

Sepak Takraw...menyeronokkan


KRS...aktiviti menyediakan sandwich...senang dan best kata mereka !

PBSM..kawad kaki

Kawad Kaki Pengakap

Thursday, July 21, 2011

SUDUT KAUNSELING

ADAKAH ANDA ??????

· Keseorangan
· Sukar untuk belajar
· Sukar untuk menyesuaikan diri dengan kawan
· Tidak boleh membuat keputusan
· Bimbang dengan peperiksaan
· Kecewa dan rasa malu
· Masalah Keluarga
· Kemahiran belajar
· Pengurusan masa
· Pengurusan diri
· Teknik Menghadapi peperiksaan
· Bimbingan Kerjaya
Cara-cara mendapatkan Perkhidmatan :

  • · Isi borang temujanji
  • · Tunggu…… Anda akan  dipanggil untuk sesi
  • · Dapatkan kebenaran guru kelas atau guru matapelajaran jika sesi anda pada waktu pembelajaran sedang berjalan
  • · Datang mengikut masa yang ditetapkan
  • · Jika tidak dapat hadir sila beri makluman
Hubungi kami...Kaunselor Kalian....En. Azman atau Pn. Vijaya

    BULAN BAHASA PSS 2011

    Wednesday, July 20, 2011

    PRA UPSR 2011

    TARIKH : 26-28 JULAI 2011
    SASARAN : CALON UPSR 2011



    Diharap semua calon berjaya cemerlang. Selamat mengulangkaji pelajaran !