Wednesday, August 24, 2011

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1432H

Program ini merupakan program tahunan yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Sepanjang program ini dijalankan, murid-murid akan didedahkan dengan amalan-amalan yang dituntut sepanjang bulan Ramadhan.

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan :
1. Tadarus al-Quran - Murid Tahun 6 dan 5 yang telah khatam al-Quran
2. Tadarus al-Quran - Staf SK Seremban Jaya 2
3. Kem Literasi al-Quran - Murid-murid Tahun 4 dan 5 yang masih lagi membaca Iqra'3 ke bawah
4. Kuiz Terbuka Untuk Staf
5. Projek Kreatif untuk murid-murid tahun 1-6 : Mewarna, Puzzle, Membuat Kad Ucapan, Buku Skrap



Khatam al-Quran Ramadhan 1432H

Ustaz Rosha'ramadhan mengetuai Majlis Khatam al-Quran bersama guru-guru

Guru-guru yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anak murid

Terima kasih buat semua yang menjayakan Majlis Khatam al-Quran ini. 
Semoga Ramadhan kali ini sungguh bermakna.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.