Monday, July 11, 2011

RMT


JUMLAH MURID:   
MELAYU  =  24  ORANG 
INDIA       =   07  ORANG 
JUMLAH   =   31 ORANG

RMT adalah salah satu program yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. Antara Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan;dan
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.
Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh perlaksanaan RMT ialah 190 hari setahun.
Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam data eKASIH. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sisitem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my/ Pihak JPN/PPD/Sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem eKASIH.
 
Jawatankuasa RMT sekolah hendaklah bertanggungjawab memantau perlaksanaan RMT setiap hari dan hendaklah memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.Pihak JPN dan PPD akan melakasanakan pemantauan bagi memastikan perlaksanaan RMT adalah mengikut garis panduan RMT dan peraturan yang ditetapkan.
 
Sila rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7 Tahun 2010 (RMT), Buku Panduan RMT Di Sekolah dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.