Tuesday, July 5, 2011

SEJARAH SEKOLAH

Seramai lebih kurang 50 orang guru pelbagai opsyen mula melapor diri di sekolah ini pada 2 Jan 2010 di SK Seremban Jaya 2.

Sekolah ini mula beroperasi pada 4 Jan 2010 dan menumpang di SK Seremban Jaya untuk sementara waktu dan belajar pada sesi persekolahan sebelah petang. Terdapat sebanyak 30 kelas dan murid sulung SKSJ2 adalah seramai 1200 orang murid telah mendaftar di sekolah ini. Sesi persekolahan sebelah petang : ISNIN - KHAMIS 1.15 - 6.35 PTG
JUMAAT 2.15 - 6.35 PTG

Pejabat Pentadbiran sementara sekolah ini ditempatkan di Bilik Percambahan Ilmu, SK Seremban Jaya.

Pada 11 Januari 2010, pihak Kontraktor telah menyerahkan bangunan SK Seremban Jaya 2 kepada pihak KPM dan KPM menyerahkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Ahmad Bin Harun di JPNS.

15 Januari 2010 merupakan hari terakhir warga SK Seremban Jaya 2 menumpang teduh menimba ilmu, dan pengalaman di SK Seremban Jaya (4 Januari 2010 - 15 Januari 2010). Semoga ukhuwah ini berterusan selamanya. Terima kasih, SK Seremban Jaya. Budi kalian tidak terbalas.

16 Januari 2010, warga SK Seremban Jaya 2 akan sama-sama bergandingan bergotong-royong menceriakan bangunan baru yang akan mula beroperasi pada 18 Januari 2010 (Isnin). Semua warga SKSJ2 sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.

18 Januari 2010, hari Isnin merupakan tarikh penting kepada semua warga SK Seremban Jaya 2 kerana hari ini perhimpunan pagi pertama diadakan di Dataran Ilmu SKSJ2 dan perhimpunan ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran JPNS, Tn. Hj. Jamali bin Haji Salam.

Pada tarikh ini juga, Laman Web Sekolah http://sksj2.blogspot.com dirasmikan oleh Timb. Pengarah Pelajaran.


Sejarah terukir indah pada 19 Januari 2010 (Selasa), Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Alimuddin Bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Pegawai-pegawai JPN dan PPD mengadakan lawatan ke sekolah kami. Pelbagai pesanan disampaikan sebagai bekalan merealisasikan hasrat KPM dalam membina modal insan.

Tahun 2010, SKSJ2 mempunyai 2 blok bangunan, blok pentadbiran, blok akademik, blog prasekolah dan kantin.

Tahun 2010, SK Seremban Jaya 2 melahirkan seramai 18 orang murid 5A, tahniah diucapkan.
Semoga SKSJ2 melakar sejarah kecemerlangan berterusan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.